Thursday 28 June 2012

SEJARAH KERAJAAN MALAYSIA YANG BARU : SELANGOR


NOTA SEJARAH KERAJAAN SELANGOR


1.            Asal usul nama – sempena nama Sungai Selangor.
2.            Pada awalnya, pemerintahan berasaskan kampung-kampung kecil yang berajakan kerajaan Melayu Melaka.
3.            Ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, daerah wujud di Selangor seperti Jeram, Klang, Langat dan Selangor (Kuala Selangor).
4.            Daerah daerah ini terletak di bawah jajahan kerajaan Melaka.
5.            Ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka, Tun Perak dilantik sebagai penghulu Klang.
6.            Kurun ke-17, orang Bugis mendiami kawasan di Klang dan Kuala Selangor.
7.            Klang pada masa itu di bawah kuasa Orang Besar Klang yang bergelar To’ Engku Klang (berasal daripada keturunan sultan Johor yang berketurunan Bendahara.)
8.            Orang Besar Klang  hadiahkan cap mohor kepada Yamtuan Selangor untuk mentadbir kawasan Sungai Selangor.
9.            Kurun ke-18, kedudukan Bugis kukuh apabila Raja Lumu ditabalkan oleh Sultan Mahmud (sultan Perak) menjadi sultan Selangor bergelar Sultan Salehuddin Shah.
10.          Masa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah  (pengganti Sultan Salehuddin Shah), Selangor menjadi pengeluar bijih timah.
11.          Belanda ingin menakluki Selangor
12.          Belanda menyerang Sultan Ibrahim Shah di Kuala Selangor
13.          Sultan Ibrahim Shah berundur ke Hulu Langat, Bernam dan Pahang.
14.          Dengan bantuan Pahang, Sultan Ibrahim  mendapatkan semula Kuala Selangor.
15.          Belanda mengepung Kuala  Selangor.
16.          Sultan Ibrahim meminta bantuan Perak
17.          Perak menandatangani perjanjian kerjasama antara  Selangor dan Perak.
18           Selepas kemangkatan Sultan Ibrahim Shah, Sultan Muhammad Shah menjadi sultan.
19.          Iktibar dari sejarah negeri Selangor – setiap usaha yang dilakukan secara gigih pasti mencapai kejayaan.
20.          Permuafakatan dan perundingan perlu diamalkan bagi mencapai matlamat.